January 23, 2013

anugerah

tak kira walau macamana keras pun kau
tak kira walau macamana terjal pun kau
tapi--
bila masuk bab yang satu ini
airmata kau pasti kecundang
aku janji--
mesti kau kalah dengan emosi yang satu ini

just call me--
mummy :)

October 14, 2012

Demi tuhan

Ya Rahim..
DemiMu Yang Maha Pemberi rasa ini
Akan aku peluk erat amanah ini
Akan aku ikat rasa ini sampai mati
Dan demiMu..
Sesungguhnya kami milikMu
Dan rasa ini sebagai pinjaman terindah dalam hayatku..
hanya kerana ihsan mu.
Kami disini. Hari ini. Sampai mati menjemput kami

August 28, 2012

palat

walau hari ini
hadir kau tak dipeduli

mati kau tak ditangisi

ingatlah

Dia ada sentiasa menyayangi--

August 17, 2012

kondisi

terkadang minda tiris ini terfikir
mana letaknya sebuah sayang?
bukan saban hari patut digonggong kesayangan itu semahu-mahu
kadang--
lepas bebas buat dia lebih rakus dambakan pemberi rasa itu