October 27, 2010

cerita bodoh

aku banyak hal lagi hendak diusai.kau buat serabut apahal.selama ini aku lelah senyap aku lelah sepi.aku kenyang telan caci maki kau sejak kita bersahabat.kau terlalu banyak cerita emosi.aku layankan tanda setianya aku disisi.kita sama.selalu dipermainkan.tapi aku lebih tuhan sayang.diheretnya aku ke jalan bahagia.bukan nak cakap lebih.tolong dan tolonglah.keluar dan cari sebuah kehidupan.belajar mengenali kisah dunia.belajar kuatkan hati menempuhi cerca dunia.kenapa kita bermusuh.mungkin aku emosi bila kau ambil endah tak endah jemputan pada hari pertunangan aku.kau bagi alasan bodoh yang layak dibetah.aku kecewa.mungkin kau rase aku kebudakan tapi pada aku kau kawan istimewa walaupun aku tak rasa kau juga anggap aku begitu.kau tak rasa bertuah sebab kau dijemput sedangkan ramai lagi kawan-kawan yang kecil hati tak dijemput.salah aku kerana terlepas pandang.
kau tak mampu terima ucapan aku.adakah kau pernah sedar setiap ucapan kau pada aku?kau membenci.sebenarnya siapa lebih layak menjadi pembenci.selama kite bersahabat terlalu pahit.setiap kata kau.alasannya agar aku berjaya menjadi manusia.ye.aku akui dengan kata-kata kau juga aku hampir berjaya.berjaya dalam pelajaran berjaya menjadi manusia.tapi aku sedar aku terlalu pendam.hanya kiasan yang aku ceritakan pada adik tersayang.
sekarang kita berjauhan.tiada lagi kata kesat kau saban hari.kini aku berdiri sendiri.aku hidup sendiri.tak berkecil kepala tahan tohmahan kau.dan aku tetap berjaya.tapi kenapa..bila aku menegur kau tak mampu terima.kenapa kau tak sekuat aku yang kau caci maki dulu?
bairlah.kau hiduplah.dengan cara kau.dan biarkan aku dengan cara aku.sekurang-kurangnya aku sentiasa belajar memperbaiki diri.tak macam kau.hanya hidup dalam dunia kau sendiri.