dulu kite pasangan.hidup ni indah.sangat indah.sampai kita terlupa.hidup bukan sekadar hiburan.banyak yang perlu dikejarkan.
jangan sampai jadi manusia yang ketinggalan.tanpa arah tujuan.
aku.dulu aku syg kau.sangat syg kat kau.tapi tah knapa.aku berpaling.konon mencari pasangan yang memikirkan masa depan.aku mengenali saban adam.memilih yang terbaik konon nya.aku alpa.kau ku biarkan mengekori ku jauh di belakang.tanpa berpaling mengingati kisah cinta kita.
bagi aku tiada masa depan kita bersama.kita bahagia.tp hatiku da pudar.pudar dengan setiap kemeriahan.konon.aku sudah dewasa.hiburan bukan lagi satu kemestian.
BODOH.ye aku bodoh sebab aku lekakan kau.aku berpaling dari kau.kau hebat.kerana kau berjaya mengikat aku yang liar.kita sama.minat yang sama.muzik dunia kita.tapi entah jangan di ungkit persoalan kenapa aku masih lagi mahu mencari pesaing kau.aku sendiri tiada jawapan untuk itu.
kau tahu.. bila aku lelah mencari.. aku akan kembali pada kau semula. semua aku bandingkan dan ternyata kau tetap pemenangnya.tiada keraguan.
satu hari aku kalah.kau berpaling.kau belakangkan kasih syang kau pada aku.kau tercabar dengan desakan kwn2 supaya meninggalkan ku.wpun kau tahu aku pasti kembali.
separuh nyawa aku meratapi kesudahan hubungan kita.kau tahu aku lemah..aku tahu aku hanya inginkan kau..aku tersedar dari dunia maya yang aku ciptakan sendiri.aku pasrah..aku tak mampu kehilangan kau.. tika ini aku sedar.aku pasti kehilangan kau.
kini..kau bahagia..aku tahu kau sangat bahagia..kawan-kawan 'kita' suatu masa dahulu berpaling.aku manusia hina.benci hanya untuk aku.kenapa tidak kau tegakkan aku..?
sedangkan kau paling mengerti aku?kau biarkan teman-teman itu mencaci aku.aku tidaklah terlalu hina seperti apa yang mereka simpulkan.kau juga telah bertemu teman baru..yang mampu menjaga kau jauh lebih baik dari aku.yang tidak akan tinggalkan kau sendirian lagi.. yang tidak akan buat kau menangis lagi.
aku?
masih mencari cinta..oh tidak..aku tidak perlukan cinta..hidup aku bukan hanya untuk cinta.aku juga sudah tidak mahu lagi terikat dengan sesiapa.banyak yg perlu aku usaikan dalam hidupku.tanggungjawab berat tergalas di bahu ku.aku mahu jadi insan yang bangga.yang mampu tunjukkan kejayaanku.yang mampu kalis suara-suara sumbang yang memijakku.yang asyik mengatakan aku kalah tanpa kau.yang saban hari ketawakan kekecewaanku.yang bangga telah membunuhku.tidak.aku tidak selemah itu.walaupun sisa kecewa dan menyesal itu tak pernah pudar.namun.aku bukanlah hamba cinta.aku pernah di uji maha hebat oleh nya.kau bukan lah adam yang paling melindungiku.ayah.itu lah kehilangan paling besar dalam hidupku.yang tiada pengganti.
kau..sahaja dugaan kecil yang mampu aku lupai.yang membuatkan aku belajar untuk menyayangi dan disayangi.terima kasih untuk itu.
detik ini..aku sangat merindui kau.merindui kegilaan kita.merindui kehidupan 5tahun kita bersama.walaupun tiada lagi berita dari kau.aku anggap kau bahagia bersama insan baru dan kawan-kawan bangsat itu.aku sentiasa doakan kau.
maaf ma..maaf adik..maaf akak..bukan niat aku nak ungkit lagi cerita ini.tapi detik aku mencoret kisah ini.hati ku betul-betul terpukul rasa rindu yang amat pada dia..
titisan air mata aku juga tidak mampu mengubah apa-apa.aku percaya jodoh ditangan tuhan.
kalau lah dia di takdirkan untukku ma juga tak mampu mengubahnya..sudah lah ma..segala yg dia lakukan adalah kerana rasa benci dan kecewa terhadap diri aku.aku yg menghidupka rasa itu.salah aku.jangan lah membencinya..kerana dia tetap tiada pengganti dalam hati ku.dialah kawan dialah musuh dialah juga cinta hatiku.(suatu ketika dahulu)
kini aku tidak lagi mencari adam.biarlah mereka yang mencari ku.bukan tika ini.kerana aku mahu menjadi manusia yg berjaya dulu..sma seperti kakak dan adikku...
No comments:
Post a Comment