aku banyak hal lagi hendak diusai.kau buat serabut apahal.selama ini aku lelah senyap aku lelah sepi.aku kenyang telan caci maki kau sejak kita bersahabat.kau terlalu banyak cerita emosi.aku layankan tanda setianya aku disisi.kita sama.selalu dipermainkan.tapi aku lebih tuhan sayang.diheretnya aku ke jalan bahagia.bukan nak cakap lebih.tolong dan tolonglah.keluar dan cari sebuah kehidupan.belajar mengenali kisah dunia.belajar kuatkan hati menempuhi cerca dunia.kenapa kita bermusuh.mungkin aku emosi bila kau ambil endah tak endah jemputan pada hari pertunangan aku.kau bagi alasan bodoh yang layak dibetah.aku kecewa.mungkin kau rase aku kebudakan tapi pada aku kau kawan istimewa walaupun aku tak rasa kau juga anggap aku begitu.kau tak rasa bertuah sebab kau dijemput sedangkan ramai lagi kawan-kawan yang kecil hati tak dijemput.salah aku kerana terlepas pandang.
kau tak mampu terima ucapan aku.adakah kau pernah sedar setiap ucapan kau pada aku?kau membenci.sebenarnya siapa lebih layak menjadi pembenci.selama kite bersahabat terlalu pahit.setiap kata kau.alasannya agar aku berjaya menjadi manusia.ye.aku akui dengan kata-kata kau juga aku hampir berjaya.berjaya dalam pelajaran berjaya menjadi manusia.tapi aku sedar aku terlalu pendam.hanya kiasan yang aku ceritakan pada adik tersayang.
sekarang kita berjauhan.tiada lagi kata kesat kau saban hari.kini aku berdiri sendiri.aku hidup sendiri.tak berkecil kepala tahan tohmahan kau.dan aku tetap berjaya.tapi kenapa..bila aku menegur kau tak mampu terima.kenapa kau tak sekuat aku yang kau caci maki dulu?
bairlah.kau hiduplah.dengan cara kau.dan biarkan aku dengan cara aku.sekurang-kurangnya aku sentiasa belajar memperbaiki diri.tak macam kau.hanya hidup dalam dunia kau sendiri.
October 27, 2010
September 28, 2010
28 september
hari ini..
ayah tinggalkan kami
pergi tak kembali
hari ini..
sunyi sepi
tiada tawa dan guraumu lagi
hari ini..
aku seakan gagal
tanpa kau disisi
hari ini..
tiada kasihmu lagi
kami perlu harungi sendiri
hanya kenangan peneman sunyi
airmata tidak bererti
hari ini..
cerita 6tahun dulu
mungkin dah kuat nak hadapi
tapi rindu pada ayah tidak bertepi
hari ini..
dan hari-hari seterusnya ingatan pada ayah takkan pernah mati
kita akan bertemu di mahsyar nanti
tunggu kami
ye ayah :)
ayah tinggalkan kami
pergi tak kembali
hari ini..
sunyi sepi
tiada tawa dan guraumu lagi
hari ini..
aku seakan gagal
tanpa kau disisi
hari ini..
tiada kasihmu lagi
kami perlu harungi sendiri
hanya kenangan peneman sunyi
airmata tidak bererti
hari ini..
cerita 6tahun dulu
mungkin dah kuat nak hadapi
tapi rindu pada ayah tidak bertepi
hari ini..
dan hari-hari seterusnya ingatan pada ayah takkan pernah mati
kita akan bertemu di mahsyar nanti
tunggu kami
ye ayah :)
September 23, 2010
Sudah
Sudah aku senyap kan dering bingit itu
ganggu leka aku berteleku
sedih sayu biarkan berlalu
warna warni menanti aku
teruskan terbang persetankan dulu
gembira menggamit duka cemburu
menandakan yang esa tak pernah tipu
senyum akhirnya meninggalkan sendu
ganggu leka aku berteleku
sedih sayu biarkan berlalu
warna warni menanti aku
teruskan terbang persetankan dulu
gembira menggamit duka cemburu
menandakan yang esa tak pernah tipu
senyum akhirnya meninggalkan sendu
September 21, 2010
Indah tak indah
Lama tak update.bukan apa kesibukan menghambat kebelakangan ni.kebosanan menggunung dan lama rasanya tak berteleku depan laptop menaip apa yang perlu.banyak kisah nak di singkap mungkin banyak sedih dari yang sedap.10.10.10 .aku akan bertunang.doakan segalanya selamat ye.bagi aku segalanya perlu ringkas dan pentingkan mana yang wajib saja.tak perlu nak berlebih jangan sampai jadi beban.lagipun aku kan sekolah lagi.hujung minggu ni sepupu yang rapat bertunang dulu.persiapan kitorag sangat la berbeza.ye.aku admit dia dah kerja.ramai kot duit dia.tapi kalau dia rasa nak bersaing awal-awal lagi aku akan cakap.takpe kau menang ye.sila tuntut hadiah di kaunter.aku taknak susahkan mak beria nak taja pertunangan aku.cukuplah apa yang ada.asalkan ikatan tu sampai panghujungnya.weekend ni aku rasa memang grand la kan.bertunang sekali dengan open house.takpela.sejak ayah takde hidup rasa kosong rumah dah takda seri.kau buat hal kau aku buat hal aku.masing-masing pun da sibuk dengan hal kehidupan sendiri.mungkin bila ada orang baru nanti kehidupan lebih bererti.sepupu sayang.kau sangat bertuah.keluarga kau berseri.aku sepi.kalau lah ayah ada disisi.mungkin bakal ayah mertua aku tak perlu berbincang kat rumah nenek.anak yatim yang menumpang kasih.harapnya hari pertunangan nanti ramai kawan-kawan yang sudi menemani
July 12, 2010
indah
dah lama tak menulis.rindu pada kau yang dah bersawang.bukan beria nak bercerita tapi rasa hati senang.cukup makan cukup kasih sayang.pernah tak rasa kenapa perlu bercinta?
aku dah lalui banyak pengalaman bercinta.dan akhirnya aku kata.kenapa aku bercinta dan menderita.kenapa tak tunggu je jodoh yang tuhan tetapkan?jawapannya.tak boleh.kita kena berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.kita harus belajar dari pengalaman.
kenapa aku cakap lagi pasal cinta?
kerana sekarang aku bahagia.aku pernah tertanya kenapa aku kenali insan-insan yang menyakitkan kenapa yang baik tak datang bergolek?
tu kan takdir.sekarang aku dah dapat yang terbaik.insyaallah.yang sudi menerima dan mendidik aku.yang akan pimpin tangan aku menuju syurga.saat aku lelah dan putus asa pada cinta. dia datang.penuh harapan.penuh kebahagiaan.kami baru kenal tapi segalanya tampak yakin dan pasti.aku lelah bila terkenangkan percintaan 5tahun tapi tak ke mana.aku pasrah.aku dah puas menangis.sekarang cuma tawaq menghiasi hari-hari ku.dan kami semakin bersedia menghitung hari pertunangan kami.
sungguh bagai dikata.restu ibubapa membawa bahagia.segalanya lancar.walau ada halangan-halangan kecil yang sangat menyemakkan.doakan aku bahagia.
April 17, 2010
workload
too much to be done..
penat yang keterlaluan.skm still ade 2 modul lagi tak siap.yang surface texture,gauges dengan lg satu task tu hilang..dissappear..oke.redha.modul 3 tu..3 task hilang.letih nak buat semula.modul 7.ade 7 task.1 pun belum mula.haha.bagus.anak abah.
just calm.everything will be ready on time.insyallah.aku tak nak extend.bia la semua nya tamat seperti perancangan.disamping prepare untuk final exam.10 mei.huh.kalau tak penat bukan belajar namanya.kata-kata mak tu.adeh..letih la mak.
April 15, 2010
sorry new year
tahun baru.sory.tak sedar.sedar-sedar dah penghujung april.aku mintak maaf sebab aku sibuk.langsung tak endah sampai kau dah bersawang.bukan kejam.aku sangat penat.hari-hari bersengkang mata siapkan setiap tugasan.kawan-kawan mula merungut.cakap aku lupe.
bukan lupe cume tak teringat.aduh.baru betul namanya belajar.
lembik.giler.rasa macam banyak nak cerita.
banyak kejadian yang berlaku.banyak kepedihan dari kebahagiaan.
tapi hanya kerana kau ilmu.aku masih gagah di sini.
sedar tak sedar aku akan melangkah ke semester 4 lebih kurang sebulan je lagi.workload.perkataan yang makin aku benci.
tengok nasi nampak nota.tengok ubat gigi nampak projek.tengok bantal nampak tugasan menimbun.
kucing dah mengamuk cakap aku lupe diri lupe kwan-kawan.langsung tak nak say hi.
kucing.aku pelajar mekanikal..bukan pelajar muzik seperti kau.
aku inginkan kejayaan.terdesak.mendesak.
aku mesti berjaya walau apa sekalipun.
blog.jumpa lagi.aku harus pergi.
mr shamzuli panggil untuk jalan kan projek 3D milling tu.minggu depan dekan dah nak datang check.
nanti petang aku makan ye.
takpe-takpe.aku sihat la..jangan risau ye.
=)
bukan lupe cume tak teringat.aduh.baru betul namanya belajar.
lembik.giler.rasa macam banyak nak cerita.
banyak kejadian yang berlaku.banyak kepedihan dari kebahagiaan.
tapi hanya kerana kau ilmu.aku masih gagah di sini.
sedar tak sedar aku akan melangkah ke semester 4 lebih kurang sebulan je lagi.workload.perkataan yang makin aku benci.
tengok nasi nampak nota.tengok ubat gigi nampak projek.tengok bantal nampak tugasan menimbun.
kucing dah mengamuk cakap aku lupe diri lupe kwan-kawan.langsung tak nak say hi.
kucing.aku pelajar mekanikal..bukan pelajar muzik seperti kau.
aku inginkan kejayaan.terdesak.mendesak.
aku mesti berjaya walau apa sekalipun.
blog.jumpa lagi.aku harus pergi.
mr shamzuli panggil untuk jalan kan projek 3D milling tu.minggu depan dekan dah nak datang check.
nanti petang aku makan ye.
takpe-takpe.aku sihat la..jangan risau ye.
=)
Subscribe to:
Posts (Atom)