September 21, 2010
Indah tak indah
Lama tak update.bukan apa kesibukan menghambat kebelakangan ni.kebosanan menggunung dan lama rasanya tak berteleku depan laptop menaip apa yang perlu.banyak kisah nak di singkap mungkin banyak sedih dari yang sedap.10.10.10 .aku akan bertunang.doakan segalanya selamat ye.bagi aku segalanya perlu ringkas dan pentingkan mana yang wajib saja.tak perlu nak berlebih jangan sampai jadi beban.lagipun aku kan sekolah lagi.hujung minggu ni sepupu yang rapat bertunang dulu.persiapan kitorag sangat la berbeza.ye.aku admit dia dah kerja.ramai kot duit dia.tapi kalau dia rasa nak bersaing awal-awal lagi aku akan cakap.takpe kau menang ye.sila tuntut hadiah di kaunter.aku taknak susahkan mak beria nak taja pertunangan aku.cukuplah apa yang ada.asalkan ikatan tu sampai panghujungnya.weekend ni aku rasa memang grand la kan.bertunang sekali dengan open house.takpela.sejak ayah takde hidup rasa kosong rumah dah takda seri.kau buat hal kau aku buat hal aku.masing-masing pun da sibuk dengan hal kehidupan sendiri.mungkin bila ada orang baru nanti kehidupan lebih bererti.sepupu sayang.kau sangat bertuah.keluarga kau berseri.aku sepi.kalau lah ayah ada disisi.mungkin bakal ayah mertua aku tak perlu berbincang kat rumah nenek.anak yatim yang menumpang kasih.harapnya hari pertunangan nanti ramai kawan-kawan yang sudi menemani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment