May 26, 2011

the bestbuds

sahabat yang beriman
ibarat matahari yang menyinari alam
sahabat yang setia
ibarat wangian yang mengharumkan si pemakai
sahabat yang sejati
menjadi pendorong untuk mencapai kejayaan
sahabat yang mulia
ibarat penyuluh yang membawa ke jalan Allah

*macam ayat klise kan.tapi ni lah antara ayat yang diberikan oleh sahabat aku masa hari lahirku yang ke 24 dan dia lah yang terbaik untuk aku dan selalu menemani aku dalam susah senang ku dalam tangis tawa ku dalam malas rajin ku dan dalam jaya serta gagal ku*

love : farah hanim bt mohd yusof





warna

sesungguhnya apa yang telah tuhan tetapkan adalah yang terbaik untuk kita

its not easy to accept all the fate
hari ini aku berlari
si biru teman di sisi
mana sedar esok aku berjalan
si jingga pula menemani
ikut hati hendak kan si putih
itulah jodoh mana mungkin dipilih-pilih
lelah ku kira lelah ku catu
susah nak pilih satu antara seribu
tersalah congak padah berlaku
hati sayang
salah
hati perlu belajar sayang
sayang yang jujur

hati tak boleh asal ada
nanti jiwa yang merana
hati silap lagi
sebab hati terima
hati taksanggup terluka
tapi hati lagi tak sanggup sendiri
hati silap lagi
hati tak macam dulu
macam besi
hati sekarang gedik
tak boleh tak ada lelaki
walau dulu hati tekad
walau tak ada hati tak mati
bila dikenang
putih kah hitam kah jingga kah
semua tak kena
baru hati sedar
hati jujurnya ingin sendiri

May 16, 2011

colourfully

penat selalu hitam..
make it colourful once its not a sin :D

bingkisan hati luka parah

0520 16mei selamat hari guru (entry tiada kena mengena by the way.happy teachers day)

hati perit pendamkan dulu
tika terlepas kau salahkan aku
bukan tak mahu pendam
tapi aku tak mampu
penat dipijak ditonjol semahu
hati kecil tuhan saja yang tahu
aku bahagia
ya aku sangat bahagia
tapi tak pasti hati atau lidah yang meluah
lidah tak mahu mengalah
hati pujuk sabar ke sudah
biarkan tersenyum walau luka parah
tak layak mintak yang indah-indah
asal ada orang sayang..sudah
patutkah di siat hati
demi dahagakan sayang
kerana belum pasti dia bawa mati
hati kata cinta tapi mulut serasa muntah
kerana rasa itu hati ditarah
taknak membenci tak mahu kalah
persetankan akal diri musnah
menanti cahaya jujur mencelah
ya tuhan kuatkan hambamu xlalu patah