0520 16mei selamat hari guru (entry tiada kena mengena by the way.happy teachers day)
hati perit pendamkan dulu
tika terlepas kau salahkan aku
bukan tak mahu pendam
tapi aku tak mampu
penat dipijak ditonjol semahu
hati kecil tuhan saja yang tahu
aku bahagia
ya aku sangat bahagia
tapi tak pasti hati atau lidah yang meluah
lidah tak mahu mengalah
hati pujuk sabar ke sudah
biarkan tersenyum walau luka parah
tak layak mintak yang indah-indah
asal ada orang sayang..sudah
patutkah di siat hati
demi dahagakan sayang
kerana belum pasti dia bawa mati
hati kata cinta tapi mulut serasa muntah
kerana rasa itu hati ditarah
taknak membenci tak mahu kalah
persetankan akal diri musnah
menanti cahaya jujur mencelah
ya tuhan kuatkan hambamu xlalu patah
No comments:
Post a Comment