June 25, 2011

puisi

kenapa perlu tulis puisi..
kalau boleh hambur saja kata maki?
kalau boleh curah saja isi hati?
kalau boleh zahirkan saja duka gembira?
kerana aku mahu
perlahankan kemarahan itu
kesedihan itu
gembira duka itu
kerana puisi zahirkan rasaku yang paling dalam
yang ajar aku untuk banyak berfikir dan berilham sebelum
meluahkan
puisi ajar aku sabar
jangan gopoh luah perasaan
biar puitis tapi punya makna yang dipendam
agar dia benar-benar faham
agar aku benar-benar puas
agar rasa itu lebih lumat dari maki
lebih lekat pada hati
dan..
lebih dihargai

dia ada

dia baru sampai
dah lama saya tunggu dia
dia baik
dia baik kan kawan-kawan?
terima kasih
temukan saya dengan dia
dia sambut tangan saya
ketika saya hampir rebah
dia kucup dahi saya
tika tangis mula tumpah
dia sakit tengok saya sakit
dia sedih tengok saya sedih
tuhan
saya tak mahu kehilangan dia
saya tahu saya pasti kehilangannya
tapi biarlah bukan sekarang ye
beri lah kami bahagia
bersama dia setiap musim saya berbunga
selalu sengih macam orang gila
kawan-kawan tegur
pura-pura wat dunno
tapi hati indah bahagia
harap doa kan kami sentiasa
agar dekat jodoh hendaknya
dalam perjalanan menuju bahagia
=)

mak

terima kasih
kalau jadi kaya sekalipun
belum tentu mampu bayar
penat lelah perit jerih
mak
maaf banyak
dulu selalu buat mak sedih
degil kan
mak
hari ibu
mak suke betul tiramisu coklat tu
tak mampu nak beli mahal
selalu nak tengok mak tersenyum
mak
baik
baik sangat
baik sangat sangat
mak jangan tak ade
orang belum puas cium tangan mak
tengok mak senyum
orang janji
takkan sekali abaikan mak
sayang mak selalu =)

sejati

kasih sejati
kawan sejati
cinta sejati
semua layak bertakhta di hati
setiap saat musim bersemi
tanpa kalian hidup ini sepi
garis-garis pelangi hilang sembunyi
not not lagu tak lagi berbunyi
dunia sepi bunga seakan mati
tiada tawa tiada rindu lagi
hanya melukut di pinggir kali
mengharapkan kalian setia disini
temaniku setiap hari
menanti saat menemui ilahi

bintang

bintang
kenapa jelma kau kala malam
siang menjelang kau pun hilang
sendu hati tak mungkin padam
tinggal ku sendirian
mengharapkan hadir nya engkau
malam ini
menemaniku saat ku sepi
dia
pernah ceritakan kisah bintang
katanya akulah bintang yang paling dia sayang
kelipanku buat hatinya tenang
tanpa sedar matahri mengundang
kini
hatiku diruntun sepi
tidak mampu lagi menjadi si bintang hati
pada kekasih makin jauh di hati
hatiku kini telah dimiliki
walau berat akan ku bukti
aku tetap bintang bagi insan yang lebih mengerti
doakan aku sayang
agar malam nanti aku akan muncul lagi
setia menemani kau disisi

June 23, 2011

pergi

pergi
sisi ku telah terisi
aku tidak sendiri
mereka sedia menemani

pergi
walau aku sendiri
aku tidak sepia
mereka ada dihati
temaniku bersama pelangi

pergi
kelam hati tak lagi peduli
sinar bintang tetap di sini
menjadi peneman kerinduan hati

pergi
aku bahagia sendiri
aku berjaya sendiri
jangan dibesar soal hati
kata orang ikut hati mati
jadi ikutla akal
supaya jadi bekal
menjawab segala yang disangkal



kelam hati



aku suka melihat hujan
kerana di dalam nya letak senyumanku

kau suka melihat bintang
kerana sinarnya menutupi kelammu

kau ibarat hujan ku
kerana dalam nya aku mampu menangis semahunya
tanpa siapa pun sedar

aku ibarat bintangmu
kerana ada sinar dihatiku untukmu
tapi maaf kerana ia tidak mampu lagi kemilau untukmu

bila hujan ku turun
aku tak mampu melihat bintangmu
kerana karma tuhan mereka memang tak serasi

mungkin itu juga petunjuk kita
kita tak mampu selari
aku ingin menjadi mentari
menyinari mu sampai mati

tapi apakan daya ku
kau berpaling tidak peduli
hujan hati turun mencurah-curah
diselindung duka yang tak pernah sudah
mengejar pelangi mencari mimpi
tanpa ku pasti sampai bila harus begini




langkah satu dua tiga

oh satu dua tiga,
akhirnya terlaksana
melangkah kita ke satu arah
hapuskan segala rasa gundah

sampai empat dan lima,
kita susun bahagia bersama-sama

sentuhan enam tujuh lapan,
mulut berkuntum senyuman
hati berkuntum harapan

nantikan sembilan sepuluh
kerana waktu itu
dunia tumpang bahagia
jiwa kita sudah senada.




kita genggam warna warni,
kerana waktu itu hati kita sudah sebati ; )


by:
yakintan
thepoetgirl fanpage
22 April 2010
all rights reserved ®

sudah

Sudah aku senyap kan dering bingit itu
ganggu leka aku berteleku
sedih sayu biarkan berlalu
warna warni menanti aku
teruskan terbang persetankan dulu
gembira menggamit duka cemburu
menandakan yang esa tak pernah tipu
senyum akhirnya meninggalkan sendu


dan..yang berlalu biarlah berlalu..

June 7, 2011

haruskah

tak tahu dari mana harus dimulakan.hati rasa terkilan jiwa rasa meronta tapi berbekalkan secebis kudrat tanggungjawab aku mesti hadapi segalanya.dalam perhubungan haruus ada yang mengalah harus ada yang menang harus ada yang kecewa , terluka , menderita dan terseksa.mengapa semua ni harus ada dalam sebuah hubungan.mengapa tidak boleh biarkan yang indah-indah saja bermaharajalela?kalau rupa hati terungkap realiti pasti buruk sungguh rupa itu.penuh dengan cakaran,torehan,luka dan tampalan.haruskah yang pedih menjadi milik kasih sayang untuk buktikan yang rasa itu benar-benar ada?

June 4, 2011

changes

monitor adalah wajah kamu,
yang sering aku sedekahkan senyuman rela ini.
RAM jadi memory aku untuk kamu,
tanda ingatan ratusan Gigabyte yang tak berbelah bagi.
keyboard statik ini suara aku buat kamu,
suara yang lahir dari hati terpaling dalam.
mouse tetikus pintar yang meng'klik'kan pesan,
pesan-pesan ku di kala rindu buat kamu.
modem broadband ini nyawa ku,
yang menyatukan aliran dua hati bernama 'kita'.

sungguh mereka ini cuma hardware,
tapi jasanya cukup besar,
mereka ini...
penghubung 'dua hati'

hati

kenapa ya?
dunia mcm aman.
takde lansung perang.
bila dengar suara kamu.

kenapa ya?
jiwa juga bisa tenteram.
buat lena habis tidur.
bila dapat dengar suara kamu.

kenapa lagi ya?
dulu tak pernah rasa begitu.
hanya kerna suara.
buat malam jadi pelik...,
malam rasa tergugat...,
malam jadi hairan...,
dgn senyum sampai ke telinga.

nak kata merdu,
biasa-biasa saja.
nak kata lunak,
ah jauh sekali.

mungkin nada dan intonasi
seirama dengan jiwa.
serasi dgn gegendang telinga.
selari dgn serpihan hati.

suara itu.
yang pasti..
buat hati ini tenteram.

salah

salahkah aku,
untuk menumpang sinar bulan
sebab aku sedar
bintang-bintang takkan peduli
diri aku yang tak pernah bersinar

salahkah aku,
menjadi awan yang dilindungi langit
sebab aku sedar
diri tak sekuat angin
untuk tepiskan petir hati ini


salahkah aku
untuk benar disayangi
dan tak ditinggalkan lagi
sebab aku tak pernah dihargai begitu
seumur hidupku.

kamu

saya bukam.
bila kamu terkam.
terkam hati saya.
dengan tiba-tiba.

saya pura-pura
macam tiada apa-apa
jalani hidup seperti biasa.

suatu hari
saya serkap jarang hati ini,
ironiknya
hati ini dah tepu dengan kamu.

saya sambung pura-pura lagi.
(macam tiada apa-apa).
saya jalani hidup seperti biasa.

saya tipu hati ini.
saya marah hati ini.
langsung tak berhati-hati
saya khabarkan jangan terkucil.
saya bisikkan jangan lemah.

saya tahu,
saya tepuk amai sorang-sorang
saya tahu,
hidung saya tak mancung
saya tahu,
riba saya tak mampu tunggu bulan jatuh.

June 2, 2011

..

panas terik
hari bahang
kepale sakit
badan peluh
perut lapar
apa lagi mau?
alhamdulillah..cube belajar bersyukur sikit ^_^