aku suka melihat hujan
kerana di dalam nya letak senyumanku
kau suka melihat bintang
kerana sinarnya menutupi kelammu
kau ibarat hujan ku
kerana dalam nya aku mampu menangis semahunya
tanpa siapa pun sedar
aku ibarat bintangmu
kerana ada sinar dihatiku untukmu
tapi maaf kerana ia tidak mampu lagi kemilau untukmu
bila hujan ku turun
aku tak mampu melihat bintangmu
kerana karma tuhan mereka memang tak serasi
mungkin itu juga petunjuk kita
kita tak mampu selari
aku ingin menjadi mentari
menyinari mu sampai mati
tapi apakan daya ku
kau berpaling tidak peduli
hujan hati turun mencurah-curah
diselindung duka yang tak pernah sudah
mengejar pelangi mencari mimpi
tanpa ku pasti sampai bila harus begini

No comments:
Post a Comment