aku tetap milik kau.hari ini.
September 11, 2009
kita kawan kita lawan kita suka kita gembira kita sedih kita menangis kita caci kita maki kita benci tapi kenapa kita tetap saling cari kita.kenapa kita tetap saling perlukan antara kita.kenapa kita tak mampu lepaskan satu antara kita mungkinkah sebab kita sudah melengkapi antara kita?rasa macam tidak rasa macam ya rasa macam hendak rasa macam tidak.apa lagi kita inginkan supaya kita tidak terus bertelagah.bagai si kecil meminta belas.bagai si abang tidak mahu tewas.apa lagi untuk dilengkapi.apa lagi mahu dimiliki.apa lagi mahu dimenangi.aku penat.mungkin kata kau aku itu ini.aku mahukan lebih.aku tamak dan aku keras hati.hakikat dan lumrah itu memang aku.sudah terlalu banyak aku mengalah untuk orang sekeliling dan tidak tahu mengapa dengan kau aku tidak mahu.aku degil.aku ego aku bongkak mahu tamakkan kau.tapi bila difikir bila di kaji aku tidak begitu dambakan kau.tidak tahu mengapa.mungkin perasaan iri terhadap teman-teman.aku tidak suka terikat tapi mengapa aku mengikat.aku tidak suka disibuk tapi mengapa aku menyibuk.aku cuba nak jauhi kau.bukan niat mencari kekurangan kau.bukan niat membenci kau.namun aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak berubah jadi kesenangan kau.jadi kesayangan kau.maaf kalau aku berpaling.aku tidak mintak semua ini terjadi.tidah hendak pun semua ini terjadi lagi.tapi aku sudah penat sial.sangat penat melayan kehendak kau.mengubah diri menjadi kesayangan kau.aku tahu kau tidak pernah menghalang aku untuk terus menjadi aku tapi kau meminta aku mengurangkan sayang aku pada kau.ini melibatkan hati dan perasaan.bodoh.tak tahu kenapa aku sangat sayang pada kau.kau fikir aku mahu sangat kah menjadi lemah,menjadi lesu mengharap menagih kasih kau.sialan.aku tak suka diri aku yang begitu.aku nampak bodoh.aku nampak cengeng.aku nampak tak kuat meghadapi dugaan.aku tahu aku bukan jenis manusia begitu.tapi kenapa?dah la.aku tak nak cerita lagi.aku akan cuba menjauhi kau sayang.bukan bermakna aku tidak menyayangi kau.bukan bermakna aku nak memutuskan kasih ini tapi aku ingin cuba mememuaskan hati kau walau hati ku sendiri memberontak tidak sanggup.tapi sebelum ada apa-apa yang berubah aku ingin tegaskan.maaf kan aku andai aku berpaling dan betul-betul tawar dengan kau kerana hati aku rapuh.bukan mudah aku memupuk kasih sayang yg tebal ini terhadap kau.tapi kau minta aku kurangkan.maaf jika sepenuhnya ia bukan lagi milik kau.
September 4, 2009
dia
maaflah.terpaksa mungkir janji pada kau blog.aku tak berperasaan nak menceritakan kisah fify.biarlah.yang berlalu biarlah berlalu.aku harap dia bahagia dengan kehidupan baru nya.fakhri.emm.kenapa kita makin rapat?makin mesra?makin bahagia?padahal baru hari rabu aku marahkan kau sebab tak belikan kan aku cadbury hazel nut yang aku dah pegang.yang tak belikan aku teddy bear yang aku dah peluk.kau cakap.aku tak nak beli coklat tu.nanti kau makan sorang tak bagi aku.aku tak nak belikan kau teddy bear tu sebab nanti kau bawak tidur penuh kena air liur kau.nanti aku belikan kau helikopter ye.petang-petang boleh kita beriadah sama-sama.helikopter tu fragile kalau aku bagi mesti kau sayang.mesti kau jaga elok-elok an an an.kau memang selalu macam tu kan fakhri.apa yang aku nak susah kau nak bagi lepas tu kau bagi cadangan benda pelik-pelik.kau tahu benda yang paling aku suka tapi kau mesti belikan benda yang aku tak berapa suka.kau tahu aku tak reti jaga barang.tapi kau paksa jugak suruh sayang barang tu macam aku sayang kau macam selipar yang kau belikan tu.kau dah tahu aku tak suka kaler putih.kotor.aku tak cerewet nak basuh-basuh,kaki aku hitam melekit.tapi kenapa kau belikan jugak.aku nak yang warna hijau gelap tu.hmm.kau tak sayang aku ke apa?hari rabu jugak kita pergi keluar bukak puasa sama-sama.kita sama-sama nak berbuka dekat restoran selalu kita lepak sebelah kolej inti tu.aku nak makan nasi goreng chiangmai,sama macam kau.tapi kau tak bagi.kau suruh aku makan nasi goreng lain.kata kau nanti aku tak habis nanti mesti aku nak yang kau punya jugak.aku tarik muka.kenapa kau ni.nak makan menu sama pun tak boleh ke?aku marah.fakhri kata aku tau la kau ni dah la jangan nak mengada cepatlah order lain jap lagi orang dah dapat makan kita menganga.aku order nasi goreng ayam.masa makan aku mintak yang kau punye.akhirnya nasi kau aku habiskan nasi aku kau yang kena habiskan.kenapa?terima kasih fakhri.kau faham aku.nasib tak order sama2 kan.nanti mesti aku ambik semua sotong dengan udang goreng tepung kau.kau pandang aku.kau tersengih.kau usap kepala aku.kau ni macam budak-budak kan.kau mesti nak menang.kenapa lah aku boleh sayang kau.hmm.kenapa kau yang paling memahami aku?walau selalunya aku benci kau.selalunya aku marah kau.caci maki kau.aku menangis persis anak kecil mintak kau pujuk.walhal aku lagi tua dari kau yang seharusnya model kakak kepada kau.tadi kat bengkel kau tanya aku.nak beli baju ke kasut ke seluar ke helikopter baru.kau bangang.takkan lah kau nak pakai helikopter tu hari raya nanti?kau sengih je.sukati aku lah.aku cakap je.tak suruh kau buat keputusan pun.sigh~.aku tak faham kau macamana yang kau selalu memahami diri aku ni.
terima kasih untuk kau
Subscribe to:
Posts (Atom)