September 11, 2009

kita kawan kita lawan kita suka kita gembira kita sedih kita menangis kita caci kita maki kita benci tapi kenapa kita tetap saling cari kita.kenapa kita tetap saling perlukan antara kita.kenapa kita tak mampu lepaskan satu antara kita mungkinkah sebab kita sudah melengkapi antara kita?rasa macam tidak rasa macam ya rasa macam hendak rasa macam tidak.apa lagi kita inginkan supaya kita tidak terus bertelagah.bagai si kecil meminta belas.bagai si abang tidak mahu tewas.apa lagi untuk dilengkapi.apa lagi mahu dimiliki.apa lagi mahu dimenangi.aku penat.mungkin kata kau aku itu ini.aku mahukan lebih.aku tamak dan aku keras hati.hakikat dan lumrah itu memang aku.sudah terlalu banyak aku mengalah untuk orang sekeliling dan tidak tahu mengapa dengan kau aku tidak mahu.aku degil.aku ego aku bongkak mahu tamakkan kau.tapi bila difikir bila di kaji aku tidak begitu dambakan kau.tidak tahu mengapa.mungkin perasaan iri terhadap teman-teman.aku tidak suka terikat tapi mengapa aku mengikat.aku tidak suka disibuk tapi mengapa aku menyibuk.aku cuba nak jauhi kau.bukan niat mencari kekurangan kau.bukan niat membenci kau.namun aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak berubah jadi kesenangan kau.jadi kesayangan kau.maaf kalau aku berpaling.aku tidak mintak semua ini terjadi.tidah hendak pun semua ini terjadi lagi.tapi aku sudah penat sial.sangat penat melayan kehendak kau.mengubah diri menjadi kesayangan kau.aku tahu kau tidak pernah menghalang aku untuk terus menjadi aku tapi kau meminta aku mengurangkan sayang aku pada kau.ini melibatkan hati dan perasaan.bodoh.tak tahu kenapa aku sangat sayang pada kau.kau fikir aku mahu sangat kah menjadi lemah,menjadi lesu mengharap menagih kasih kau.sialan.aku tak suka diri aku yang begitu.aku nampak bodoh.aku nampak cengeng.aku nampak tak kuat meghadapi dugaan.aku tahu aku bukan jenis manusia begitu.tapi kenapa?dah la.aku tak nak cerita lagi.aku akan cuba menjauhi kau sayang.bukan bermakna aku tidak menyayangi kau.bukan bermakna aku nak memutuskan kasih ini tapi aku ingin cuba mememuaskan hati kau walau hati ku sendiri memberontak tidak sanggup.tapi sebelum ada apa-apa yang berubah aku ingin tegaskan.maaf kan aku andai aku berpaling dan betul-betul tawar dengan kau kerana hati aku rapuh.bukan mudah aku memupuk kasih sayang yg tebal ini terhadap kau.tapi kau minta aku kurangkan.maaf jika sepenuhnya ia bukan lagi milik kau.

aku tetap milik kau.hari ini.

No comments:

Post a Comment