kenapa perlu tulis puisi..
kalau boleh hambur saja kata maki?
kalau boleh curah saja isi hati?
kalau boleh zahirkan saja duka gembira?
kerana aku mahu
perlahankan kemarahan itu
kesedihan itu
gembira duka itu
kerana puisi zahirkan rasaku yang paling dalam
yang ajar aku untuk banyak berfikir dan berilham sebelum
meluahkan
puisi ajar aku sabar
jangan gopoh luah perasaan
biar puitis tapi punya makna yang dipendam
agar dia benar-benar faham
agar aku benar-benar puas
agar rasa itu lebih lumat dari maki
lebih lekat pada hati
dan..
lebih dihargai
excellent! i like this!
ReplyDeletenice. ringkas, bahasa mudah. dan maksud itu ada.
ReplyDeletepuisi itu juga ibarat lagu jiwa yang termelodi dari suara-suara manusia yang punya rasa.