bila mana masa tak endah
hati mula patah
jalanan pun bagai tak berarah.
ingat
akan sentiasa ada yang kisah
jangan mudah pasrah
menyesal takkan pernah kan sudah
kau sendiri aku sendiri
siapa yang masih peduli?
sayang dirimu sayang hatimu
dibekalkan cuma satu
jangan melukai elakkan dilukai
rangkul erat jangan kejap
ikut kan itu
sampai mati pun takkan sudah
harus ada yang mengalah
biar tangis tumpah asal kau tak jatuh rebah
yang nangis bukan lemah
yang ketawa bukan si gah
biarkan dia dan hebatnya dia
asal esok balasan untuk dihadapnya
biar si senyum cuma kecil-kecilan
sekurangnya tetap menanda syukuri nikmat tuhan
apa guna ketawa gempita
sedangkan diri belakangkan tuhan
hebatnya dia
berani nya dia.
lukakan sekeping hati polos yang tuhan beri pinjam buat aku
jangan esok aku lemparkan benci rakus yang buatkan
dia tersungkur jatuh mencium bumi
yang buatkan dia merayu tak berhenti
tanda tabahnya aku nak jaga nikmat yang satu ini
biarkan bercerai aku dan dia
setakat ku tahu kuatnya tuhan menyayangiku
dan jangan sampai tuhan pun tak mengaku
baru kau tahu...
No comments:
Post a Comment