tika sendu bermaharajalela kita kena sedar
sendu kita tidak layak banding pada sendu orang luar sana
yang melontar nyawa mengharap hidup
yang dunia ibarat neraka buat mereka minta mati bila-bila
kuatkah kita disandingkan dengan mereka?
hujan bom bertali arus tiada peduli siang malamnya
tiada pernah mampu bermimpi hidup dipenuhi pelangi
layakkah kita mempersoalkan tuhan sedangkan mereka insan pilihan?
tegar kah kita mendapat nasib serupa?
syukurlah.nikmat demikian ini.terkadang jadi ujian untuk buat kita kelalaian
dengkilah.kerana mereka tuhan bagi masuk syurga percuma
cuma peperangan perantaranya.
bedilan bom cuma dibalas lontaran batu bodoh
namun..cukup untuk nyatakan yang mereka percaya dengan kuasa tuhannya
mesin-mesin pembinasa ciptaan manusia cuma.
bukan tanding murkanya Dia
sabarlah wahai hati tuhan menguji kerana ketabahan yang kau miliki
peritnya mati untuk temui indahnya firdausi
hidupnya fakir namun bangkitnya raja
syukurnya kamu bukan seperti kami
mewah megah harta dunia namun hisabnya bertali
meniti titi dengan rangkak gerun
sedangkan mereka berlari rakus ke seberang sana
menyambut rindu sang pencipta dan kekasihnya
kita..serupa..milik Dia..
bezanya kita pada siapa kita disisi Dia..
No comments:
Post a Comment