maaf ye.bukan aku sengaja tidak mahu menyertai kalian semua tapi aku tidak suka dan selesa bersama sekalian anda.bukan tidak mahu bersosial.aku sangat sosial.tapi biarlah di luar.aku tidak pandai bersosial cara anda semua.ya aku tidak pandai bergaul dengan kaum2 seperti kalian.yang indah dan manis di depan tapi serupa bangkai di belakang.aku tahu aku tidak seindah kalian.
hatta.aku tidak bertudung.sopan santun.dan segala serbi ciri-ciri wanita idaman.tapi sekurang-kurangnya aku menjadi aku.yang buruk nya aku yang cantiknya aku.hentilah saling tikam menikam.kalian tidak akan berjaya.kalian makin merosakkan silaturahim sesama insan.kalian pertikaikan kenapa aku tidak mahu ikut serta kalian ke jamuan tengahari itu tadi.ya.aku sanggup makan di asrama daripada makan sesedap kalian di luar.walaupun makan sekadar mengalas perut.aku sanggup.paling tidak untuk melegakan perut yang berkeroncong.aku tidur.tak apalah kalian pergilah.aku juga tiada persalinan kurung seindah kalian.bermanik,bersulam,aku tidak pandai menggayakan kurung itu.yg aku miliki hanya pasang2 kurung biasa yang mak bekalkan kalau-kalau ada majlis yang perlu aku hadiri.
terpulang kalian lah jika tidak henti untuk menilai cantik buruk diriku.kalian punya hak itu sebagai manusia.bagi aku biarlah aku sendiri.menghadap komputer riba pemberian kakak meluahkan rasa pada ruang ini berkomunikasi dengan pelayar seantero dunia.arakian dapat juga aku bersembang dengan insan2 iras diriku.biarlah aku bahagia dengan mereka semua walaupun di alam maya sahaja.sekurang-kurangnya hati tidak terluka dek keji nista kalian yang tidak pernah memahami.
No comments:
Post a Comment