July 27, 2009
sentap
siapa yang sentap?aku..kenapa?entahla.rasa seperti ada benda yang mengganggu fikiran.aku semakin susah nak percayakan seseorang.aku jadi fobia.kami dah bersama hampir 5 bulan.satu hubungan yang agak selesa.sebab tidak terlalu memikirkan komitmen.tapi terlalu landai nya hubungan kami sampai aku rasakan aku hanya singgahannya.tapi katanya tidak.dia menyayangiku.tapi aku kurang rasa perasaan itu.kenapa?entahla.rasa tawar tanpa pahit dan manisnya berhubungan.rasa kosong kadangkala sepertinya tidak diperlukan.kenapa boleh punyai perasaan sebegini.sejak aku membandingkan diriku dengan bekas kekasihnya.kenapa aku ingin membandingkan?padahal mereka sudah tiada hubungan?dan ya,dia kepunyaanku kini.mungkin kerana dia jauh lebih hebat dari diriku.yang sangat-sangat membezakan kami adalah diriku dan dirinya sendiri.dan kekasihku.menegaskan hanya aku kepunyaannya kini.tapi kenapa begitu sukarnya memberi sedikit kepercayaan padanya?kerana aku sudah lali terkena.dikenakan.dipersendakan kasih sayangku.aku sudah lelah merasa sakit.ye.aku lelah.nagai lemah tak mampu berdiri.dan tidak lagi mengharapkan ada insan sudi mencintai ku sepenuh hati.dan bagiku juga cinta tidak lagi yang terutama.aku rasa aku menyayangi dia.ya,mungkin.tapi masih tidak sepenuh hati.kata hatiku,ada,adalah,tiada pun apa bezanya.kehidupan mesti dinikmati.gembiralah selagi masih ada teman disisi.dia?aku layankan aku perhubungan ini.biarlah ia mengalir sendiri seperti sungai mencari hilirnya.apa yang patut aku lakukan?berperasaan diperbodohkan,sehingga kantoi satu hari nanti?atau sememangnya dia ikhlas menyayangiku?atau ku berikan sedikit rasa percaya pada nya?entahla..aku sendiri buntu.tidak tahu apa yang terbaik untuk menyenangkan hati.melegakan perasaan celaru ini.harap hari esok aku mampu percayakan dia walau kadangkala dia tidak layak untuk terima rasa itu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment